AFAN AA: Usahawan takaful wanita mahu wujudkan 1 Hibah 1 Keluarga di negara ini, satu realiti.

Peluang mendekati orang ramai dan mempertingkatkan keyakinan diri, antara kelebihan menjadi seorang ejen takaful.

Kini, ramai anak muda menjadikan bidang takaful sebagai mata pencarian kerana ia mampu memberi pulangan lumayan kepada mereka yang memilih landskap ini dalam mengemudi kerjaya pilihan.

Lantas, ia  menunjukkan bidang  takaful sudah semakin diterima dalam kalangan masyakarakat hari ini.

Takaful dan hibah seumpamanya, sudah mula difahami masyarakat akan kepentingannya terutama ketika melalui detik kesusahan seperti sakit, kematian, lumpuh kekal dan sebagainya.

Bidang ini mula ditonjolkan menerusi pendidikan dan banyak diulas di media sosial, cetak, televisyen dan tidak ketinggalan dari mulut ke mulut supaya penyampaian manfaatnya lebih mudah difahami.

 Tekad membantu masyarakat yang memerlukan, Nurul Hajar binti Nor Shamsukamal, antara anak muda yang kehadapan dalam menggapai impian menjadikan bidang ini sebagai salah satu cabang keusahawanan dalam usaha jihadnya membantu lebih ramai insan yang memerlukan sokongannya sebagai ejen takaful.

Berusia 32 tahun, beliau pada awalnya menjadi ejen takaful pada Disember 2020 yang lalu. Kata wanita berdaya saing ini, semuanya bermula apabila beliau menghadiri sebuah program kerjaya yang dianjurkan sebuah organisasi sehingga berjaya menghabiskan sebanyak 14 kelas selama tiga bulan.

 Katanya, hatinya mula terpikat mendalami bidang ini apabila melihat profil dan masa depan syarikat yang kukuh. Apatah lagi pencarian data terhadap syarikat itu mendapati ia banyak meraih pelbagai anugerah hebat dan menjadi pilihan ramai untuk mengambil takaful.

Pendekatan beliau “Saya tidak dapat memberikan wang yang banyak kepada anda tetapi saya akan membantu anda mendapatkan wang dan menyelamatkannya”.

“Kematian itu pasti, persedian itu mesti. Jangan tinggalkan keluarga mu meminta-minta dan hutangmu membebankan waris,” katanya kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.

Semestinya, pandemik yang hadir secara tiba-tiba sehingga banyak memberi tekanan kepada banyak usahawan besar atau kecil di negara ini, namun kesedaran orang ramai terhadap kepentingan takaful membabitkan isu kesihatan dan hibah, membantu beliau dan kumpulannya untuk maju ke hadapan.

Seperti usahawan lain, anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini, turut komited merancang strategi perniagaan dan mempersiapkan diri untuk bergelar usahawan serba boleh dan hebat.

Pada masa sama, beliau mahu melebarkan rangkaian pelanggan untuk lebih berjaya mengatur kewangan diri. Antara medium social yang digunakan antaranya:

FB https://www.facebook.com/nurul.hajar.senawang

Insagram https://www.instagram.com/nurul_hajar_senawang/

YouTube https://www.youtube.com/channel/UCxGn75X0wQbDuYGse1ew6vQ/videos

 Beliau juga berkata, dalam perjalannya sebagai usahawan dalam bidang pilihan ramai itu, tiada istilah berputusa asa, berhenti  daripada memajukan diri serta mahu terus berjuan ke penghujung jalan untuk membangunkan diri dalam bidang berkenaan.

Ini kerana beliau beranggapan, kerjaya ini bukan saja membantu beliau memiliki pendapatan dan menyara kehidupan, tetapi pada masa sama  memberi sinar harapan dan pilihan lebih jelas kepada mereka yang memerlukan khidmatnya.

“Ini antara dakwah saya di dunia sebagai hambaNya. Saya akan sehabis baik melakukan apa yang terdaya.

“Sebagai ejen takaful, saya turut mahu mendidik orang ramai betapa pentingnya mereka memiliki takaful bagi setiap ahli keluarga. Saya mahu memberi kesedaran ini kepada masyarakat supaya mereka boleh dibantu kelak apabila mengalami sakit atau sebagainya. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-203 6507.

“Matlamat saya, sekurang-kurangnya setiap keluarga akan ada 1 Hibah 1 Keluarga,” katanya.