Agensi Fatihin: Tekad 500 pelanggan sebagai perunding syarikat dan individu

Syarikat ini mula beroperasi sebagai perunding Takaful Am kepada Etiqa Takaful dan Zurich Takaful.

Pada mulanya, perkhidmatan syarikat tertumpu kepada solusi pengurusan risiko kepada syarikat dan individu.

Malah, Pemilik syarikat, Khairul Fatihin Saedal Atas, 34, menjelaskan perkhidmatan tersebut termasuklah menyiapkan cukai kenderaan sampai ke pintu rumah atau pejabat, takaful kebakaran, takaful pekerja asing, takaful kediaman, takaful pejabat, dan takaful semua risiko kontraktor.

Kata anak kelahiran Kapar, Selangor ini, tahun berikutnya syarikat ini mula menawarkan perkhidmatan merancang pusaka dengan menggunakan instrumen hibah takaful dan dokumentasi pewarisan seperti pelantikan wasi, dokumen hibah, wasiat 1/3 dan lain lain.

“Syarikat ini menjadi perunding kepada Wasiyyah Shoppe, MyPusaka dan AIA Public Takaful bagi memberikan solusi yang komprehensif kepada prospek.

“Selepas saya terlibat dengan perancangan harta pusaka dan pembinaan harta legasi, saya mendapati terdapat jurang yang besar terutamanya di kalangan umat Islam. Jurang tersebut adalah berkenaan perancangan harta pusaka dan pembinaan harta legasi secara strategik,” katanya kepada Entrepreneur Insight, baru-baru ini.

Perkhidmatan yang disediakan tidak berpaksikan kepada produk tetapi lebih berpaksikan kepada struktur faraid atau keluarga prospek dan struktur harta prospek.

“Saya akan menawarkan produk yang bersesuaian dengan dua struktur ini. Saya akan mengambil sedikit masa membina hubungan dengan pelanggan tetapi dua perkara ini adalah keutamaan saya sebelum saya dapat memerikan perkhidmatan kepada pelanggan.

“Perkhidmatan ini tidak terhad kepada orang Islam sahaja tetapi saya juga bertemu dengan orang yang bukan Islam dari bangsa bangsa yang lain. Setakat perkongsian saya mereka juga berminat dengan konsep hibah takaful.

“Saya juga mengambil kesempatan menerangkan tentang keharmonian agama Islam kepada mereka,” katanya.

Pendekatan seperti ini lebih menggembirakan pelanggan kerana tidak semua produk diperlukan oleh pelanggan. Sementara itu ada juga produk yang sangat diperlukan prospek tetapi prospek tidak menyedari atau tidak memandang perkara tersebut penting.

Contohnya ramai golongan “affluent” menyangka mereka tidak memerlukan hibah takaful kerana harta mereka sudah melimpah ruah. Walhal harta yang melimpah ruah ini tertakluk kepada akta probet dan pentadbiran 1959 dan ahli waris memerlukan dana pantas yang boleh menjadi pemudah kepada agihan harta pusaka.

Contoh lain adalah ramai golongan marhaen merasakan tidak perlu menyediakan dokumen perancangan pusaka yang lengkap kerana mereka menyangka mereka tidak mempunyai sebarang harta walhal merekalah yang sangat memerlukan hibah takaful sebagai tambahan kepada harta legasi sedia ada perancangan pusaka yang lengkap supaya kos yang bakal ditanggung waris tidak terlalu tinggi.

Katanya, perniagaan pada masakini perlu menggunakan teknologi terkini terutamanya berkaitan perundingan kerana telah banyak medium atas talian yang bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga tetapi memudahkan urusan perundingan tersebut.

Sepanjang pandemik, seratus peratus proses perundingan yang dijalankan berlaku secara alam maya dan selepas pandemik 50 peratus prospek saya mahukan perundingan secara alam maya.

 Beliau  turut  berazam mahu memberikan khidmat kepada lebih 500 orang pelanggan dan mahu meningkatkan kumpulan saya sehingga sepuluh orang memandangkan setakat ini beliau hanya mempunyai empat orang rakan niaga.

“Saya sentiasa membayangkan Malaysia akan menjadi lebih unggul dari sudut kemajuan kemakmuran dan keharmoniannya.

“Saya membayangkan rekod harta beku dapat dikurangkan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia. Selain itu, saya sentiasa berdoa supaya keupayaan ekonomi saya dan kumpulan dapat ditingkatkan melalui aktiviti perniagaan ini,” katanya lagi.